Soalan Lazim Kelas al-Quran

Apa istimewanya Kelas al-Quran di AZ-Zikr Online?

Kelas al-Quran di AZ-Zikr merangkumi kepada semua tahap bacaan pelajar, daripada tahap permulaan mengenal huruf hijaiyyah sehingga peringkat tertinggi iaitu sanad al-Quran. 


Setiap peringkat mempunyai silibus yang sistematik dan membaiki kesalahan bacaan secara berfokus dan bertahap. Maka pelajar dapat merasakan peningkatan bacaan sangat mendadak dalam waktu yang singkat. Mereka mampu membetulkan kesalahan sendiri walau tiada bimbingan guru. Jika mereka sudah mencapai tahap sanad, mereka boleh mempelajari bersama syeikh atau syeikhah Arab untuk membetulkan makhraj dan sifatulhuruf dengan lebih baik.


Kelas al-Quran diisi juga dengan perkongsian ilmu dan tadabbur sesuatu ayat agar pelajar bukan hanya membetulkan bacaan tetapi memahami apa yang ingin disampai oleh Allah swt untuk diamalkan dalam kehidupan. 

Adakah sesi kelas mempunyai rakaman?

Ya, rakaman setiap sesi disediakan. Walaupun begitu, rakaman itu terpapar sehingga 30 hari sahaja. Jika anda berniat untuk menyimpan rakaman setiap sesi, anda boleh download rakaman tersebut di dalam laptop anda supaya mudah untuk membuat rujukan pembelajaran.

Apa yang perlu disediakan untuk kelas al-Quran?

Di sesi percubaan, guru akan menilai tahap bacaan anda dahulu. Jika anda masih tahap 1 dan 2. Anda hanya perlu menyediakan buku nota jika perlu. Anda akan menggunakan silibus sedia ada yang disediakan oleh AZ-Zikr. Manakala bagi tahap 3 dan ke atas, boleh sediakan al-Quran khas untuk pembelajaran serta buku nota jika perlu. Pastikan internet anda juga dalam keadaan baik.

Adakah boleh menggantikan kelas jika tidak hadir?

Ya boleh. Ganti kelas hanya boleh dibuat pada bulan hadapan sahaja. Jika tidak menggantikan kelas yang tidak hadir tersebut, maka sesi tersebut akan 'burn'.  

Berapakah sesi kelas al-Quran dalam sebulan?

Kelas al-Quran mempunyai 5 sesi dalam sebulan walaupun pada bulan itu mempunyai 4 minggu. Tetapi pelajar boleh membuat permintaan jika ingin kurangkan sesi atas sebab-sebab tertentu.


Adakah kelas AZ-Zikr secara persendirian atau berkumpulan?

Kelas AZ-Zikr membuka peluang kepada pelajar samada ingin memilih secara persendirian atau berkumpulan. Berkumpulan hanya diterhadkan kepada 4 orang sahaja agar setiap orang dapat membaca dengan lebih banyak dan dapat membetulkan kesalahan secara berkualiti.

Bagaimanakah pembayaran yuran dilakukan?

Cara pembayaran yuran akan dikongsikan di dalam group Admin. Pelajar boleh membayarnya melalui transfer online ke dalam akaun yang diberikan. 


Pihak admin akan mengeluarkan invois bulanan pada setiap awal bulan. Para pelajar boleh membayar yuran sebelum 28hb agar dapat membayar elaun kepada guru. Kerjasama para pelajar sangat dihargai.

Adakah mempunyai yuran tambahan selain yuran bulanan?

Pelajar hanya perlu membayar tambahan RM15 untuk mendapatkan pelajaran silibus  yang dipelajari. Yuran silibus ini hanya sekali sahaja dalam pengajian. 

Soalan Lazim Kelas Sanad

Adakah perlu melepasi ujian penilaian dahulu sebelum sertai sanad?

Ya perlu. Ujian penilaian adalah PERCUMA sahaja. Jika anda tidak melepasi ujian bacaan, anda perlu mengambil pra sanad terlebih dahulu selama 3 bulan bergantung kepada bacaan anda.


Pra sanad akan membantu anda menghabiskan sanad dalam jangka yang pendek. Sanad anda juga akan mempunyai kualiti yang baik bukan hanya hiasan semata-mata. Kerana di dalam pra sanad ini anda akan memperkemaskan dan memahirkan ilmu tajwid serta praktikal dengan baik.

Adakah syeikh atau syeikhah boleh berbahasa melayu?

Syeikh boleh berbahasa melayu manakala syeikhah boleh berbahasa inggeris sahaja. Anda boleh memilih samada ingin mengambil sanad bersama syeikh atau syeikhah. 

Berapa lama jangkaan habis menyelesaikan sanad?

Paling awal adalah 1 tahun setengah jika pelajar dapat hadiri sesi dengan konsisten serta tidak membuat kesalahan yang banyak. Kelas sanad mempunyai 5 sesi dalam sebulan. 

Adakah sanad ini akan mendapat dalam bentuk hard copy?

Ya, kami akan poskan sijil sanad anda ke rumah anda. Sijil sanad ini mempunyai tandatangan daripada syeikh.

Soalan Lazim Kelas Hafazan

Bagaimanakah sistem hafazan di dalam AZ-Zikr?

Dalam AZ-Zikr Online mengamalkan 3 sistem coaching yang utama:


1. Coaching Apps

Apps hafazan yang kami bakal kenalkan dapat membantu anda menghafaz di rumah serta dapat melihat progress hafazan anda dengan baik.


2. Coaching Harian

Kami memantau hafazan pelajar secara harian. Pelajar dapat menghafaz berdasarkan target ayat yang ditetapkan supaya tiada sikap bertangguh dan kualiti hafazan menjadi lebih baik. Hafazan perlu mempunyai disiplin yang tinggi.


3. Coaching Live

Kami mengadakan perjumpaan live secara mingguan untuk melihat prestasi hafazan secara keseluruhan, murajjah dan tasbit ayat yang telah dihafaz. Di dalam sesi ini juga, pelajar akan disemak ayat hafazan baru supaya dapat menghafaz dengan tajwid yang betul serta memahami ayat yang dihafaz.

Adakah AZ-Zikir mempunyai target tertentu untuk menghabiskan hafazan?

Ya ada. Kami akan paparkan beberapa target kepada pelajar untuk pelajar memilih berapa tahun ingin menyelesaikan hafazan mereka. Kemudian, kami akan mengeluarkan jadual berdasarkan target mereka. Target ini adalah berdasarkan kemampuan hafazan pelajar untuk dihantar setiap minggu.

Berapakah sesi hafazan dalam sebulan?

Kelas hafazan mempunyai 4 sesi dalam sebulan. walaubagaimanapun, kami mempunyai sistem hafazan secara harian yang akan diterangkan dalam sesi percubaan jika anda mendaftar. Kelas percubaan adalah PERCUMA.

Apa istimewanya kelas Hafazan AZ-Zikr?

AZ-Zikr menyediakan hadiah yang menarik bagi yang mencapai target yang ditetapkan:


- Pakej Juz Amma : 

akan diberi sijil beserta hadiah istimewa


- Pakej Surah Pilihan: 

akan diberi hadiah setiap surah yang dihafaz dan sijil setelah selesai kesemua surah pilihan


- Pakej 30 Juz:
akan diberi hadiah setiap 5 juz yang telah dihafaz dan diberi sijil setelah menghafaz 30 juz.