VISI
Menjadi antara Pusat Pendidikan Al-Quran yang terulung
MISI
Menggubal kurikulum dan silibus AZ-Zikr yang efektif dan efisien.
Menjadikan AZ-Zikr sebagai kesinambungan usaha dakwah Rasulullah s.a.w
Melahirkan tenaga pengajar 3B (Berkualiti, Beretika, dan Berdedikasi)
Melahirkan pelajar 5M (Membaca, Memahami, Mencintai, Menghafaz, dan Mengajar)
OBJEKTIF
AZ-Zikr menjadi rujukan utama dalam penyebaran, pembelajaran, pengajaran dan pemahaman hikmah al-Quran.
AZ-Zikr membentuk masyarakat yang menjadikan ajaran al-Quran sebagai panduan dalam setiap aspek kehidupan.Apa maksud AZ-Zikr?
AZ-Zikr adalah nama lain bagi al-Quran yang membawa maksud "peringatan" berdasarkan firman Allah s.w.t:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا ٱلذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَـٰفِظُون
Maksudnya: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan pasti Kamilah yang memelihara dan menjaganya"
(Surah al-Hijr: 9)


Kenapa dinamakan AZ-Zikr?
AZ-Zikr Online menyediakan kelas bimbingan Al-Quran secara ekslusif yang menggabungkan 3 perkara dalam pengajian setiap sesi kelas agar sentiasa dijadikan dalam peringatan dalam kehidupan:
-
Perkongsian ilmu / Tadabbur
Bagi dapat meningkatkan pemahaman tentang ayat al-Quran dan memberi peringatan dalam kehidupan serta menambahkan kecintaan kepada al-Quran.
-
Mempelajari ilmu al-Quran dan Tajwid secara ekslusif
Mempelajari al-Quran dan Tajwid secara bertahap mengikut tahap bacaan pelajar yang mana kami mempunyai 6 tahap bacaan. Hal ini bagi pelajar dapat menguasai teori dan amali dengan baik.
-
Semakan bacaan al-Quran
Bagi yang masih tahap pertama dan kedua, pelajar akan mengikuti silibus yang disediakan oleh AZ-Zikr Online sendiri yang mana jika mengikuti sesi secara berterusan selama 3 - 6 bulan pasti akan sudah mula boleh membaca al-Quran. Bagi tahap 3 dan ke atas akan menggunakan al-Quran dan guru akan menyemak bacaan secara bertahap mengikut tahap masing-masing.
Siapa yang boleh sertai AZ-Zikr?
AZ-Zikr Online membuka peluang kepada semua pihak samada kanak-kanak atau dewasa yang ingin mempelajari al-Quran daripada asas sehingga kemahiran tajwid yang mendalam atau ingin mendapat sanad bacaan atau ingin menghafaz al-Quran secara ONLINE. Kelas ini dibuka secara persendirian atau berkumpulan.

