Mengutip Permata Al-Quran Membuka kunci Keberkatan
Meraih Kedamaian Dalam Kehidupan
Jom Menggali Kekayaan Ilmu Al-Quran Bersama Az Zikr Online




Bermula dari kosong kepada celik Al-Quran!
Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ
“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”.
[Riwayat Muslim (804)]
Kaedah Pembelajaran Berstruktur
Silibus digubal khas mengikut tahap para pelajar. Dengan mengikut pembelajaran secara berfokus, pelajar dapat menguasai setiap program yang dipilih
Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur
- Kanak-kanak lelaki dan perempuan.
- Golongan dewasa lelaki dan perempuan.
- Warga emas lelaki dan perempuan.
Rekod pencapaian dan jadual kelas sentiasa dikemaskini
Rekod prestasi diberikan setiap sesi bagi menjadi rujukan untuk memperbaiki setiap kemahiran program yang dipilih
Tadabbur dan Perkongsian Ilmu
Mengikut kesesuaian semua peringkat usia. Ia adalah satu motivasi bagi meningkatkan cinta kepada agama dan memahami serta memaknai ayat-ayat al-Quran dalam kehidupan.
Sistem Mesra Pelajar, Pembelajaran Lebih Tersusun!
🎥 Kelas beserta recording
👥 Bimbingan khas dalam group pembelajaran

Kelas Percubaan Percuma
Anda diberi kelas percubaan percuma sebelum kelas sebenar dijalankan. Jika ia serasi dengan anda, boleh teruskan!

Rujukan keseluruhan makhraj dan sifatul huruf ketika praktikal pembelajaran dan latihan.

Masa & hari kelas anda pilih. Jadual pembelajaran boleh diubahsuai mengikut persetujuan guru dan pelajar. Kelas boleh diganti pada bulan depan jika tidak hadir sesi.

Latihan Pengukuhan Tersedia
Silibus dan latihan setiap peringkat disediakan bagi meningkatkan kemahiran dalam program yang dipilih.

Pelajar akan dibimbing untuk bergantung kepada diri sendiri sehingga dapat membetulkan kesalahan tanpa bantuan guru. Ujian akan diadakan sebelum berpindah kepada tahap seterusnya.

Doa dan tawakkal menjadi pegangan. Dikongsi doa Nabi Musa a.s dan doa belajar Nabi Muhammad s.a.w bersama Malaikat Jibril a.s menjadi pembuka sesi pembelajaran.
Pakej Kelas Fleksibel & Komprehensif!
Belajar mengikut masa anda dengan silibus yang tersusun

Kelas al-Quran & Tadabbur
Menambah baik bacaan al-Quran daripada zero ke peringkat yang tinggi secara berperingkat dan mendapat sijil kemahiran al-Quran.

Tahsin Bacaan bersama Syeikh atau Syeikhah Arab setelah mencukupi syarat bacaan sanad dan mendapat sijil sanad.

Pelajari usul Qiraat dan tahsin bacaan Qiraat bersama syeikh Arab boleh berbahasa Melayu serta mendapat sijil sanad Qiraat.

Pelajari tajwid Matn Tuhfatul Atfal atau Matn al-Jazariyyah bersama Syeikh Arab boleh berbahasa Melayu serta mendapat sijil sanad Matn.

Bimbingan Hafazan secara harian mengikut pakej yang dipilih dan mendapat sijil serta hadiah bagi setiap program.

Bimbingan Komunikasi dalam Bahasa Arab Fushah secara sistematik bersama rakan dan mendapat sijil setiap tahap.
TESTIMONI
Apa Kata Pelajar Kami!
"Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah kerana telah berpeluang untuk menimba ilmu bagi memperbaikki bacaan Alquran saya di AZ-Zikr Online.. banyak ilmu yang dapat saya pelajari semasa saya belajar.. saya dapat perbaiki ilmu tajwid dalam bacaan saya seperti makhraj yang betul, sifat huruf dan sebutan huruf Hijaiyah yang betul dan banyak lagi.."

Hasnah
Kelas pra sanad dan Sanad al-Quran
"Alhamdulillah, kelas tiada masalah dan banyak membantu saya. Sesuai dengan saya yang sibuk sebab guru dan jadual yang sangat flexible".

Ahmad Farhan
Kelas Sanad Qiraat Ibn Kathir
Alhamdulillah, dah lama saya nak menghafaz. Dengan adanya sistem hafazan daripada AZ-Zikr untuk push saya menghafaz al-Quran dan buat saya sentiasa bersemangat untuk menghafaz al-Quran walaupun umur sudah tua!

Dr. Norherah
Kelas Hafazan Surah Pilihan
Barisan Asatizah
Mari Mengenali Asatizah Kami Yang Terlatih, Berilmu dan Berdedikasi Membimbing Anda



Kesemua guru mempunyai sanad bacaan dan mahir dalam bidang al-Quran
FAQ
Soalan Lazim Kelas AZ-Zikr
Semua soalan berkaitan kelas dijawab di sini
Bagaimana saya boleh mendaftar untuk kelas di AZ-Zikr Online?
Anda boleh mendaftar dengan mengisi borang pendaftaran yang disediakan di laman web AZ-Zikr Online atau menghubungi pihak kami melalui nombor telefon yang tersedia.
Adakah saya perlu memiliki pengetahuan sebelum menyertai kelas?
Tidak perlu, kelas ini terbuka kepada semua peringkat pengetahuan, daripada yang baru nak mula belajar sehingga kepada yang mahir. Tetapi jika anda ingin menyertai kelas sanad bacaan, Qiraat dan hafazan, anda perlu lalui sesi penilaian bacaan terlebih dahulu.
Bagaimana sistem pembayaran untuk yuran kelas di AZ-Zikr?
Pembayaran boleh dilakukan secara atas talian (bank in) melalui kaedah pembayaran yang dinyatakan di dalam group admin AZ-Zikr setelah anda menyetujui untuk meneruskan kelas bersama AZ-Zikr selepas sesi percubaan diadakan. Due pembayaran yuran adalah setiap 28hb.
Adakah kelas-kelas di AZ-Zikr Online ini diadakan secara atas talian sepenuhnya?
Ya, semua kelas di AZ-Zikr Online dijalankan secara dalam talian (online) sahaja. Oleh itu, kesemua pelajar dapat mempelajari walau di mana mereka berada dengan masa serta hari yang dipilih sendiri.