Gathering the Gems of the Quran
Unlocking Blessings & Embracing Peace in Life
Let's Explore the Wealth of Quranic Knowledge Together with AZ-Zikr Online
Bermula dari kosong kepada celik Al-Quran!
Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ
“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”.
[Riwayat Muslim (804)]
Kaedah Pembelajaran Berstruktur
Silibus digubal khas mengikut tahap bacaan para pelajar yang dibahagikan kepada tahap 1 hingga tahap 6. Dengan mengikut pembelajaran secara berfokus, pelajar dapat menguasai al-Quran dalam masa 3 - 6 bulan.
Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur
- Kanak-kanak lelaki dan perempuan.
- Golongan dewasa lelaki dan perempuan.
- Warga emas lelaki dan perempuan.
Rekod pencapaian dan jadual kelas sentiasa dikemaskini
Rekod prestasi diberikan setiap bulan bagi menjadi rujukan penting untuk memperbaiki mutu bacaan sehingga bacaan yang terbaik sepertimana al-Quran diturunkan.
Tadabbur dan Perkongsian Ilmu
Mengikut kesesuaian semua peringkat usia. Ia adalah satu motivasi bagi meningkatkan cinta kepada agama dan memahami serta memaknai ayat-ayat al-Quran dalam kehidupan.
Sistem Dibina Untuk Mesra Pembelajaran
Kelas Percubaan Percuma
Anda diberi kelas percubaan percuma sebelum kelas sebenar dijalankan. Jika ia serasi dengan anda, boleh teruskan!
Rujukan keseluruhan makhraj dan sifatul huruf ketika praktikal pembelajaran dan latihan.
Masa & hari kelas anda pilih. Jadual pembelajaran boleh diubahsuai mengikut persetujuan guru dan pelajar. Kelas boleh diganti pada bulan depan jika tidak hadir sesi.
Latihan Pengukuhan Tersedia
Silibus dan latihan setiap peringkat disediakan bagi meningkatkan kemahiran dalam program yang dipilih.
Pelajar akan dibimbing untuk bergantung kepada diri sendiri sehingga dapat membetulkan kesalahan tanpa bantuan guru. Ujian akan diadakan sebelum berpindah kepada tahap seterusnya.
Doa dan tawakkal menjadi pegangan. Dikongsi doa Nabi Musa a.s dan doa belajar Nabi Muhammad s.a.w bersama Malaikat Jibril a.s menjadi pembuka sesi pembelajaran.
Pakej Kelas Ditawarkan
TESTIMONI
APA KATA PELAJAR KAMI!
"Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah kerana telah berpeluang untuk menimba ilmu bagi memperbaikki bacaan Alquran saya di AZ-Zikr Online.. banyak ilmu yang dapat saya pelajari semasa saya belajar.. saya dapat perbaiki ilmu tajwid dalam bacaan saya seperti makhraj yang betul, sifat huruf dan sebutan huruf Hijaiyah yang betul dan banyak lagi.."
Hasnah
Kelas pra sanad dan Sanad al-Quran
"Alhamdulillah, kelas tiada masalah dan banyak membantu saya. Sesuai dengan saya yang sibuk sebab guru dan jadual yang sangat flexible".
Ahmad Farhan
Kelas Sanad Qiraat Ibn Kathir
Alhamdulillah, dah lama saya nak menghafaz. Dengan adanya sistem hafazan daripada AZ-Zikr untuk push saya menghafaz al-Quran dan buat saya sentiasa bersemangat untuk menghafaz al-Quran walaupun umur sudah tua!
Dr. Norherah
Kelas Hafazan Surah Pilihan
Barisan Asatizah
Mari Mengenali Asatizah Kami Yang Terlatih
Kesemua guru kami mempunyai sanad bacaan dan mahir dalam bidang al-Quran
FAQ
Soalan Lazim Kelas AZ-Zikr
Semua soalan berkaitan kelas dijawab di sini
Bagaimana saya boleh mendaftar untuk kelas di AZ-Zikr Online?
Anda boleh mendaftar dengan mengisi borang pendaftaran yang disediakan di laman web AZ-Zikr Online atau menghubungi pihak kami melalui nombor telefon yang tersedia.
Adakah saya perlu memiliki pengetahuan al-Quran sebelum menyertai kelas?
Tidak perlu, kelas al-Quran ini terbuka kepada semua peringkat pengetahuan, daripada yang baru nak mula belajar sehingga kepada yang mahir. Tetapi jika anda ingin menyertai kelas sanad bacaan, Qiraat dan hafazan, anda perlu lalui sesi penilaian terlebih dahulu.
Bagaimana sistem pembayaran untuk yuran kelas di AZ-Zikr?
Pembayaran boleh dilakukan secara atas talian (bank in) melalui kaedah pembayaran yang dinyatakan di dalam group admin AZ-Zikr setelah anda menyetujui untuk meneruskan kelas bersama AZ-Zikr selepas sesi percubaan diadakan. Due pembayaran yuran adalah setiap 28hb.
Adakah kelas-kelas di AZ-Zikr Online ini diadakan secara atas talian sepenuhnya?
Ya, semua kelas di AZ-Zikr Online dijalankan secara dalam talian (online) sahaja. Oleh itu, kesemua pelajar dapat mempelajari walau di mana mereka berada dengan masa serta hari yang dipilih sendiri.